Tentang Kami

Komited Menyediakan Khidmat Guaman Syarie yang Telus, Profesional, dan Berlandaskan Syariah Islam.

YS Associates

Mengenali Lebih Dekat Firma Guaman Syarie Kami

Firma guaman syarie kami ditubuhkan untuk memberikan khidmat guaman yang telus, profesional, dan berpaksikan prinsip syariah Islam. Kami sentiasa menitikberatkan integriti, keadilan, kejujuran serta keprihatinan agar setiap klien berasa yakin, dilayan dengan penuh hormat, diberi bimbingan menyeluruh, dan mendapat keyakinan yang benar-benar diyakini.

Kami percaya setiap isu mempunyai jalan penyelesaian terbaik apabila dibimbing dengan ilmu dan hikmah. Dengan kepakaran luas serta pengalaman praktikal, kami komited membantu anda mencari solusi yang adil, menenangkan, berhemah, serta selari dengan tuntutan syariah dan keperluan masyarakat.

Memberi khidmat guaman yang beretika dan berlandaskan nilai Islam, membimbing masyarakat memahami hak serta tanggungjawab mereka menurut hukum syarak, dan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan kejujuran, ketelusan serta keikhlasan demi menegakkan keadilan dan memperoleh keredaan Allah SWT.

Menjadi firma guaman Syarie yang unggul dalam menegakkan keadilan berlandaskan syariah Islam dengan penuh integriti, profesionalisme dan amanah, serta menjadi rujukan utama dalam perkhidmatan guaman Syarie di Malaysia.

Kenapa Peguam Syarie Kami Pilihan Terbaik Untuk Anda

Soalan Lazim

Memberi penjelasan agar anda lebih yakin dalam setiap langkah perundangan dengan panduan yang jelas, telus, berintegriti dan mudah difahami oleh semua.

Antara dokumen yang diperlukan iaitu kad pengenalan, sijil nikah/cerai/rujuk, sijil kelahiran anak, dokumen-dokumen yang berkaitan dengan fakta kes, seperti laporan doktor, laporan polis dan sebagainya (jika berkaitan).

Terdapat hak yang biasanya dituntut oleh seorang wanita selepas
perceraian:
1) mutaah;
2) hadhanah;
3) nafkah anak;
4) nafkah iddah;
5) harta sepencarian.

Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah Selangor merangkumi jumlah tuntutan tidak melebihi RM300,000.00.

Bidang kuasa kes Mal Mahkamah Tinggi Syariah Selangor meliputi nilaian tuntutan melebihi RM300,000.00.

Setelah kes tersebut didaftar, anda akan diberikan tarikh sebutan, bicara
atau Majlis Sulh pada hari yang sama. Kebiasaannya Mahkamah akan
menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran.
Namun, tertakluk kepada jumlah kes yang ditetapkan di hadapan Hakim.

Firma kami mengendalikan kes berkaitan undang-undang keluarga Islam
iaitu hal berkaitan perkahwinan, perceraian, hak jagaan anak, nafkah, harta sepencarian, pewarisan harta dan jenayah syariah.

Ingin tahu lebih lanjut? Lihat soalan lazim kami

Scroll to Top