Tentang Kami
Komited Menyediakan Khidmat Guaman Syarie yang Telus, Profesional, dan Berlandaskan Syariah Islam.
YS Associates
Mengenali Lebih Dekat Firma Guaman Syarie Kami
Firma guaman syarie kami ditubuhkan untuk memberikan khidmat guaman yang telus, profesional, dan berpaksikan prinsip syariah Islam. Kami sentiasa menitikberatkan integriti, keadilan, kejujuran serta keprihatinan agar setiap klien berasa yakin, dilayan dengan penuh hormat, diberi bimbingan menyeluruh, dan mendapat keyakinan yang benar-benar diyakini.
Kami percaya setiap isu mempunyai jalan penyelesaian terbaik apabila dibimbing dengan ilmu dan hikmah. Dengan kepakaran luas serta pengalaman praktikal, kami komited membantu anda mencari solusi yang adil, menenangkan, berhemah, serta selari dengan tuntutan syariah dan keperluan masyarakat.
MISI
Memberi khidmat guaman yang beretika dan berlandaskan nilai Islam, membimbing masyarakat memahami hak serta tanggungjawab mereka menurut hukum syarak, dan melaksanakan setiap tanggungjawab dengan kejujuran, ketelusan serta keikhlasan demi menegakkan keadilan dan memperoleh keredaan Allah SWT.
VISI
Menjadi firma guaman Syarie yang unggul dalam menegakkan keadilan berlandaskan syariah Islam dengan penuh integriti, profesionalisme dan amanah, serta menjadi rujukan utama dalam perkhidmatan guaman Syarie di Malaysia.
Kenapa Peguam Syarie Kami Pilihan Terbaik Untuk Anda
01
Profesional
Perkhidmatan Profesional dengan berpandukan prinsip-prinsip utama dalam Amalan Guaman Syarie serta perundangan negara yang berkuatkuasa.
02
Bertauliah
Peguam Syarie bertauliah & beramal di Kuala Lumpur, Putrajaya, Labuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Perak serta Kedah dan Perlis.
03
Berpengalaman
Berpengalaman luas dalam mengendalikan pelbagai kes-kes Permohonan, Tuntutan, dan Jenayah Syariah di Mahkamah Syariah seluruh negara.
04
Fleksibel
Lokasi dan masa perjumpaan adalah fleksibel, dan boleh ditetapkan mengikut kesesuaian anda serta jadual kami bagi memastikan perbincangan berjalan lancar dan selesa.
05
Komited
Komited memberi kerjasama penuh dalam setiap kes yang diwakili oleh Peguam Syarie, demi memastikan proses berjalan lancar dan hak anda terjaga.
06
Integriti
Kami berpegang teguh pada Undang-Undang dan sentiasa mengutamakan Hukum Syarak dalam setiap urusan.
Soalan Lazim
Memberi penjelasan agar anda lebih yakin dalam setiap langkah perundangan dengan panduan yang jelas, telus, berintegriti dan mudah difahami oleh semua.
Adakah keputusan Mahkamah Syariah boleh dirayu?
Antara dokumen yang diperlukan iaitu kad pengenalan, sijil nikah/cerai/rujuk, sijil kelahiran anak, dokumen-dokumen yang berkaitan dengan fakta kes, seperti laporan doktor, laporan polis dan sebagainya (jika berkaitan).
Apakah hak yang lazim dituntut oleh seorang wanita apabila perceraian berlaku?
Terdapat hak yang biasanya dituntut oleh seorang wanita selepas
perceraian:
1) mutaah;
2) hadhanah;
3) nafkah anak;
4) nafkah iddah;
5) harta sepencarian.
Apakah bidang kuasa kes Mal Mahkamah Rendah Syariah Selangor?
Bidang kuasa Mahkamah Rendah Syariah Selangor merangkumi jumlah tuntutan tidak melebihi RM300,000.00.
Apakah bidang kuasa kes Mal Mahkamah Tinggi Syariah Selangor?
Bidang kuasa kes Mal Mahkamah Tinggi Syariah Selangor meliputi nilaian tuntutan melebihi RM300,000.00.
Saya telah mendaftarkan tuntutan / permohonan, bilakah kes saya akan disebut di Mahkamah?
Setelah kes tersebut didaftar, anda akan diberikan tarikh sebutan, bicara
atau Majlis Sulh pada hari yang sama. Kebiasaannya Mahkamah akan
menetapkan tarikh sebutan dalam tempoh 21 hari selepas pendaftaran.
Namun, tertakluk kepada jumlah kes yang ditetapkan di hadapan Hakim.
Apakah jenis kes yang firma ini kendalikan?
Firma kami mengendalikan kes berkaitan undang-undang keluarga Islam
iaitu hal berkaitan perkahwinan, perceraian, hak jagaan anak, nafkah, harta sepencarian, pewarisan harta dan jenayah syariah.