Peguam Syarie Dipercayai, Sentiasa Membimbing Dengan Bijaksana & Adil
Tentang Kami
Mengenali Lebih Dekat Firma Guaman Syarie Kami
Firma guaman syarie kami ditubuhkan untuk memberikan khidmat guaman yang telus, profesional, dan berpaksikan prinsip syariah Islam. Kami menitikberatkan integriti, keadilan, kejujuran serta keprihatinan agar setiap klien berasa yakin, dilayan dengan hormat, dan mendapat bimbingan yang benar-benar diyakini.
Kami percaya setiap isu mempunyai jalan penyelesaian terbaik apabila dibimbing dengan ilmu dan hikmah. Dengan kepakaran luas serta pengalaman praktikal, kami komited membantu anda mencari solusi yang adil, menenangkan, berhemah, serta selari dengan tuntutan syariah dan keperluan masyarakat.
01
Profesional
Perkhidmatan Profesional berlandaskan Guaman Syarie dan undang-undang.
02
Bertauliah
Peguam Syarie bertauliah beramal di seluruh Semenanjung Malaysia.
03
Berpengalaman
Berpengalaman mengendalikan kes Permohonan, Tuntutan & Jenayah Syariah.
04
Fleksibel
Lokasi & masa perjumpaan fleksibel ikut kesesuaian anda dan Peguam Syarie.
05
Komited
Komited memberi kerjasama penuh dalam setiap kes diwakili Peguam Syarie.
06
Integriti
Kami berpegang pada Undang-Undang & mengutamakan Hukum Syarak.
YS Associates
YAZID SAAT & ASSOCIATES
Firma Guaman Syarie Bertauliah
Peguam Syarie adalah Sahabat Mahkamah Syariah dan sebagai pemudah cara bagi sesuatu kes yang difailkan di Mahkamah Syariah. Peguam Syarie akan memberi anda khidmat nasihat dari segi Perundangan Syariah berdasarkan Hukum Syarak dan Undang-Undang Syariah seterusnya memberikan solusi dan alternatif pilihan sebagai penyelesaian terbaik dalam setiap kes anda.
Bidang Khidmat & Sokongan Guaman Kami
Kami komited menyediakan perkhidmatan guaman syarie yang menyeluruh, teliti, dan berteraskan prinsip keadilan serta kepentingan anak guam.
Perkahwinan
Pemohonan kebenaran bernikah, wali enggan, wali hakim, pengesahan nikah, poligami dan lain-lain
Perceraian
Permohonan Cerai Persetujuan Bersama, Pengesahan Lafaz Cerai, Fasakh, Taklik, Khuluk & lain-lain.
Hak Selepas Perceraian
Hak Selepas Perceraian Nafkah Eddah, Nafkah Anak, Hak Jagaan, Harta Sepencarian & lain-lain.
Pengurusan Harta
Pengesahan hibah, wasiat, faraid serta urusan berkaitan harta pusaka, pewarisan dan lain-lain.
Kesalahan Jenayah Syariah
Kami menawarkan khidmat guaman syarie jenayah dengan profesional & adil demi menjaga hak pihak.
Terokai Artikel Terkini Kami yang Penuh Bermakna
Kekal bermaklumat dan berinspirasi dengan pandangan baharu serta perkongsian guaman untuk memperkasa pengetahuan anda dan mencetuskan perubahan positif.
Artikel
- December 8, 2025
Hadhanah & Nafkah Anak Tak Sah Taraf
Isu anak tak sah taraf di Malaysia sudah menjadi masalah sosial yang lumrah dan tidak asing
Artikel
- December 8, 2025
Nikah Sempadan: Kesan pada Isteri dan Anak-Anak
Nikah sempadan bermaksud sebarang urusan pernikahan yang dijalankan di luar negara dengan menggunakan khidmat jurunikah di
Artikel
- December 8, 2025
Dokumen Diperlukan untuk Memfailkan Kes di Mahkamah Syariah?
Pada kebiasannya sesuatu kes yang ingin didaftarkan di Mahkamah Syariah memerlukan penyediaan dokumen-dokumen yang berkaitan dengan
Suara Kepercayaan, Bukti Keberhasilan
Maklum balas ikhlas daripada klien yang telah merasai bimbingan dan keadilan melalui khidmat guaman syarie kami, yang sentiasa berteraskan amanah dan integriti.
Mohammad Khamil Zahar
Walaupun kes saya agak rumit, beliau sentiasa memberi panduan dan solusi terbaik berdasarkan hukum syarie. Sokongan berterusan sangat dihargai.
Siti Aisyah Binti Kamil Ilham
Kes faraid keluarga kami diselesaikan dengan adil tanpa sebarang pertikaian. Pendekatan beliau amat menenangkan dan penuh hikmah.
Nor Siti Wahidah Binti Basri
Saya bersyukur kerana dibimbing dengan tenang sepanjang proses perceraian saya. Segala penerangan jelas, penuh empati dan sangat membantu.
Borang Konsultasi
Borang Konsultasi Guaman Syarie